tumblr


I- Moment

abah dengan tanaman tembakaunya di Desa Kraksan ((caption tak boleh go)))
fyi, I'm not a good listener and story-teller

Assalamualaikum & salam sejahtera for non muslim.
so harini hari ke-8 dalam kalendar bulan November bagi tahun 2013(nak masuk hari ke-9 sepatutnya sebab sekarang ni dah 11.25 p.m) haha mimpi apa pun taktahulah sampai rajin sangat memalam nak buat post. okay lama sangat tak post mende apa pun dalam blog ni. I miss you blog. seriously.

sekarang ni bulan November dan maknanya cuti dah dekat! yeay!(fireworks launch) tinggal lagi 8-9 hari sebelum flight aku ke mana lagi kalau bukan my lovely hometown, Pulau Madura Indonesia baybeh. aku akan berada di oversea yg so-called-melancong tu selama kurang lebih sebulan. wow right wow lama gila en. yes lama sampai kau taktau nak buat apa dah dalam masa sebulan tu dekat sana. haha. kerja aku masa balik sana last year

5.00 a.m- bangun pagi then bersiap
8.00 a.m- teman my niece 7 sis jaga kedai
12.00 p.m- solat sohor semua dekat rumah((yes azan Zohor mereka jam 12 t/hari)) lepastu lepak kejap
2-3.00 p.m- patah balik kedai menunggu masa jenjalan kat pantai a.k.a proyek( what the ppl there call it)
4.00 p.m until senja around 5 something jenjalan/merempit dengan geng hehehehe

btw aktiviti diatas ni rasanya nak dekat sebulan tu ini jelah yg aku buat. sebabnya takde driver nak pergi town. dan the mian reasonnya adalah ayah aku, En. Muaddan tak join balik Indo last year. hehe. biasanya kalau dia ikut aku dengan ummi akan follow beliau kemana saja yg beliau nak. sometimes bawak rumah saudara yg dah bertahun-tahun tak jumpa.

pernah sekali abah bawak aku, ummi, abang fauzi(jiran) and dina( my niece) pergi Desa Kraksan((daripada rumah aku ambil masa semalaman)). abah cakap Kraksan lah tempat dia duduk sebelum datang Malaysia untuk kerja. lama jugak beliau duduk sana. sampai je kat sana, abah bawak pergi rumah sepupu dia. she's so poor. her husband was blind(now dia dah meninggal) and she has two kids, small kids. rumah dia Ya Allah it's just a small house. no rooms. rumah dia hanya terpisah kepada tiga bahagian. depan-dari pintu depan sampai pintu nak masuk bilik hanya 5langkah. yes 5langkah biasa kaki kau. tengah- dijadikan bilik, cuma ada dua katil yg terpisah dekat ruang tu dan almari usang. belakang- dapur. cuma itu. kau takkan dapat nampak tv, fridge, everything yg berkaitan dengan electronics dekat rumah dia. no fans also. dan untuk lampu, mereka guna lampu pelita. I almost cry but I didn't.

kami pergi Desa Kraksan cuma sehari tapi banyak sangat saudara abah yg ada dekat sana. jadi kami hanya dapat melawat satu rumah masa singkat je. oh ya ada satu masa ni, waktu tu tengah hari dan arwah nenek saudara aku((dekat dengan rumah yg aku cerita kt atas)) pelawa kami makan.arwah nek dah tua tapi dia berkeras nak masakkan untuk kitorang, dia cuma masakkan mee goreng segera, tempe dan tauhu goreng.
dia cakap

arwah nek: dah besar dah cucu nenek(sambil usap belakang aku), makanlah ni. ini je nenek boleh bagi ye cu(she's crying). kamu makan ke makanan macam ni? nenek tak ada apa lagi..
aku: takpe nek, amy makan :)

nenek tu dah meninggal tahun lepas, sakit tua. nasib baik arwah sempat jumpa abah. Al-Fatihah semoga roh nenek ditempatkan dikalangan orang yg beriman :)

then suddenly lencak(mcm meja tapi diperbuat daripada buluh dan org boleh duduk) yg ada dkt rumah nenek patah. lepas makan tu kami pergi lawat sepupu abah. she's crying like hell. dia marah ayah aku kata "kenapa dah lama tak datang, kenapa bila amy dah besar baru kamu datang?" dan teruskan menangis. abah ikut sama menangis jugak masa tu.

later masa otw nak balik dalam kereta, aku terkilan lah jugak kenapa abah pergi sehari je. kenapa tak stay lagi 2-3 hari. Desa Kraksan lah satu satunya tempat yang buatkan aku rasa taknak balik untuk pertama kali. sebenarnya aku tak sangka saudara abah masih ada  yang boleh dikatakan fakir. aku memang tak percaya. dan masakami dekat sana, abah ada hulurkan duit sikit untuk belikan atap rumah baru buat makcik aku. TAPI, dia tak guna duit tu untuk baiki atap rumah dia. dia guna untuk belanja sehari hari. beberapa bulan lepas rumah dia roboh sebab ada ribut. rumah usang macam tu takboleh tahan. so abah belikan tanah untuk bina rumah baru. cuma untuk tempat berteduh. the new house was a lot better than the old house. walaupun kau tengok macam buruk tapi memang beza jauh dan lebih baik daripada rumah lama.





so itulah dia kisah yang automik secara spontan yg deceritakan memalam buta ni. tak berniat pun nak bukak cerita ni, cuma jari yg lebih dahulu menari atas keypad laptop. oh ya dan InshaAllah perjalanan aku dekat sana selama sebulan akan aku post dalam blog. banyak gambar jelah rasanya. sila baca ya kalau nak tau lebih pasal aku eceh hahaha. see you later. goodnight xoxo






No comments:

Post a Comment